Blog Action Day 2008!

Blog Action Day 2008




Poverty is worldwide epidemic!!!


Today thousands of bloggers will unite to discuss a single issue - poverty.Now the net has been absolutely flooded with post related about poverty and I am proud to be a part of Blog Action Day 2008 too..

The dictionary defines poverty as the state or condition of having little support or no money, goods, or means of support; condition being poor..but what dictionary doesn't show is this (look at the pictures)..







It's a painful reality,there is children suffering from poverty and hunger and it saddens me to watch this happen to children.

Every day 30,000 children die from a combination of disease- infested water and malnutrition," the report continued. "Water-borne diseases are claiming one child every three seconds. These diseases are the major killers of small children in Africa.

qouted from Extreme Poverty In Africa.



What Can One Person Do?



Click here to see 88 Ways to Take Action Against Poverty Right Now!



Hari ini adalah hari yang aku tunggu sejak sebulan lepas dimana hari ini berlansungnya Blog Action Day. Simboliknya pada hari ini seluruh blogger akan menulis tentang kemiskinan,sebahagiannya akan menyumbang bantuan seperti sumbangan derma melalui hasil keuntungan blog..Tujuan Blog Action Day diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat global tentang masalah kemiskinan yang melanda di sebahagian tempat. Kita sepatutnya bersyukur bahawa kita telah di lahirkan dalam keadaan yang senang(aku lahir dalam keluarga yang sederhana dan aku bersyukur.alhamdulillah)..tapi adakah kita berfikir walaupun sejenak tentang nasib kanak-kanak yang lahir dalam keluarga yang miskin,daif..ambik contoh di Afrika..mereka tidak mempunyai bekalan makanan mencukupi apalagi nak mendapatkan pendidikan yang sempurna..

Kemiskinan merupakan penyakit masyarakat yang amat merbahaya. Definisi kemiskinan pada pandangan aku ialah satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup. Kemiskinan bukanlah penyakit yang harus diwarisi..

Bagaimanakah kita boleh membasmi kemiskinan?
Pada lazimnya seseorang itu dapat mengatasi kemisikinan dirinya menerusi pendidikan. Ya, pendidikan adalah jalan terbaik untuk keluar dari kepompong kemiskinan..
Sedekah..sebagai umat Islam,kita digalakkan bersedekah kepada orang miskin,yang kurang berdaya..Kini banyak kaedah kita boleh sumbangkan derma contohnya menderma kepada rancangan Bersamamu menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).Bersamamu merupakan sebuah rancangan realiti televisyen berbentuk amal yang ditayangkan di TV3.(semua rakyat malaysia tau rancangan ni melainkan dia xde t.v or tak pernah tgk tv3..huhu)
Pembangunan ekonomi juga amat penting dalam membasmi kemiskinan. Pembangunan ekonomi bermaksud penambahan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran di sesebuah negara. Pembangunan ekonomi merupakan cara yang amat berkesan untuk mengatasi masalah kemiskinan. Tetapi ia harus disertai dengan pengagihan pendapatan yang adil dalam masyarakat. Dalam keadaan ekonomi yang tak stabil sekarang(harga minyak yang tak menentu ditambah dengan masalah pasaran saham yang teruk) kita wajarlah berjimat cermat dalam berbelanja agar tidak berhutang..kerana melalui hutang seseorang boleh menjadi jatuh miskin.
Selain daripada itu pembangunan masyarakat juga amat penting..Pembangunan masyarakat yang aku maksudkan adalah dari segi sosial..Apa yang penting ialah kita semua sedar bahawa kemiskinan adalah sesuatu yang harus kita elakkan, basmi agar masyarakat kita menjadi lebih baik..



0 Responses to "Blog Action Day 2008!"

Post a Comment

Type your comment here, I'll try my best, to reply!