Video:Motor Ni Abah Yang Punya

Seperti biasa apabila datangnya perayaan atau sambutan kemerdekaan,antara perkara yang aku tunggu adalah iklan petronas..memang tidak dinafikan bahawa setiap kali aku menonton iklan petronas pasti ada satu perasaan yang tidak boleh aku jelaskan(layan perasan pulak aku sekarang nih...haha..)

Mesej yang ingin disampaikan dalam kempen iklan petronas kali ini adalah mengenai budaya menabung dan berjimat cermat untuk masa depan..Selain daripada itu mesej lain tersirat adalah bagaimana watak aiman (kreatif ala-ala mcGyver) mencipta sesuatu benda yang baru hasil daripada bahan buangan/terpakai.

Iklan ini telah diarahkan oleh Afdlin Shauki,(memegang watak Abah)buat pertama kalinya kerana sebelum ini iklan petronas dihasilkan oleh Yasmin Ahmad.


Jom tengok(Walaupun dah tengok banyak kali kat tv tapi aku still nak tengok lagi..ahaha)



p/s:Teringat ngan mak dan abah time nih..terharunya!

nak tengok lagi iklan-iklan petronas?klik di sini.

0 Responses to "Video:Motor Ni Abah Yang Punya"

Post a Comment

Type your comment here, I'll try my best, to reply!