Logo Merdeka

Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan dalam masa beberapa jam sahaja lagi(ketika post ini ditulis)..Tema pada tahun ini adalah Perpaduan Teras Kejayaan.
Di bawah ini merupakan logo sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-51.Logo ini dicipta oleh seorang artis bernama Anuar Dan.




Tiga ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara

Warna merah mewakili simbol keberanian rakyat. Putih pula adalah simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia dan warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

p/s:Tapi apa yang kurang sedap didengar adalah mengenai kisah Logo Merdeka 50% tiru simbol Taiwan (dipetik dari Malaysiakini).Tapi penulis tak nak komen panjang mengenai kisah ini kerana tujuan sebenar Putera adalah untuk memaparkan design logo.Sekiranya korang nak tau lagi korang boleh klik disini untuk membaca berita sepenuhnya.

0 Responses to "Logo Merdeka"

Post a Comment

Type your comment here, I'll try my best, to reply!